
Islam mempunyai, konsep kanan dan kiri, dengan cukup jelas. “Kanan” dikaitkan dengan yang positif, baik, pahala, amal kebajikan, kitab penilaian di akhirat, dan golongan selamat di akhirat. Dalam amalan ibadah umum dan khusus juga Islam mengajar makan dan minum dengan tangan kanan, bersalam dengan tangan kanan, memberi sedeqah dengan tangan kanan, memberi barang pada orang lain dengan tangan kanan, mengambil wuduk untuk tangan dan kaki memulakan dengan yang kanan, dan tawaf dengan menghala ikut sebelah kanan dan berpusing arah ke kiri (anti-lockwise) mengelilingi Kaabah.
Bukankah pergerakan dari kanan ke kiri merupakan satu yang tabiie? Bukankah pergerakan dari kanan ke kiri dan berpusing dalam satu bulatan merupakan satu yang semulajadi atau fitrah? Benar, pergerakan “lawan putaran jam” adalah satu sunnatullah dan tabiie alam. Cuba lihat senarai fenomena alam sekeliling yang menggunakan arah lawan putaran jam di bawah ini. Apa rahsia arah haluan lawan putaran jam? Adakah ia kebetulan berlaku dalam fenomena di bawah ini atau ia takdir Tuhan?
- Pusingan bumi atas paksinya
- Pusingan bumi mengelilingi matahari
- Pokok menjalar dan memanjat
- Ibu jari
- Peredaran darah dalam jantung
- Struktur DNA
- Pusar air
- Pusaran ikan dalam air
- Torehan getah
- Angin puting beliung
- Ibadah tawaf keliling Kaabah

Apa istimewanya arah haluan lawan putaran jam hingga aktiviti sukan juga menggunakan arah haluan yang sama dalam aktiviti di bawah? Apa rahsianya? Adakah ia kebetulan?
- Sukan lari di trek stadium
- Sukan lumba basikal
- Sukan lumba motor
- Sukan lumba kereta
- Melempar cakera
- Melontar tukul besi
- Melontar tombak atau javelin
- Permainan baseball

Dan apa istimewanya arah lawan putaran jam juga digunakan dalam rekabentuk mekanikal yang terdapat pada aktiviti di bawah? Apakah jurutera memahami kelebihan yang ada arah haluan lawan putaran jam? Apa rahsianya? Adakah ia kebetulan?
- Kipas kapalterbang
- Kipas helikopter
- Putaran CDROM/DVD
- Putaran disc dalam hard disk
- Kincir angin
Di dalam ibadah tawaf, Allah mewajibkan peraturan tawaf di Kaabah mengikut haluan pusingan dari kanan ke kiri, iaitu arah pusingan ini disebut sebagai pusingan tawaf. Kesemua pergerakan perbuatan dalam Islam dimulakan dari kanan. Makan dengan gunakan tangan kanan, pakai baju dimulakan dari kanan, memberikan barang pada seseorang dengan tangan kanan, memuliakan seseorang dari sebelah kanan dahulu; manakala masuk bilik air dengan kaki kiri dan keluar dari bilik air dengan kaki kanan dan bersitinja’ (membasuh kemakuan menggunakan tangan kiri). Di padang mahsyar, manusia dibahagikan kepada dua kumpulan, kanan dan kiri. Orang yang mendapat buku rekod amalannya ketika hidup di dunia dari sebelah kanan akan masuk syurga, dan orang yang menerima buku rekod amalannya ketika hidup di dunia dari sebelah kiri akan masuk ke neraka.Pusingan tawaf akan menghasilkan medan elektrogmagnetik yang lebih banyak dan luas. dan sekaligus memberi kepadatan daya pada tubuh badan.
Apa yang menarik ialah kalau kita lihat tapak tangan kita, kita dapati ada angka 81 pada sebelah kiri dan 18 pada sebelah kanan. 81 + 18 = 99 adalah nama-nama Allah, iaitu asma ul husna. 
Cuba kita perhatikan tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar/memanjat. Ia akan memanjat ikut arah tawaf. Begitulah ciptaan Allah SWT daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar bumi masing-masing melakukan pusingan pada arah tawaf.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan